Menurut TNB, insentif yang diperkenalkan sejak 2000 itu diberikan kepada semua pengguna perdagangan di bawah tarif B, C1 dan C2 yang telah beroperasi sekurang-kurang­nya setahun.

Katanya, pemberian insentif berkenaan adalah untuk tempoh dua bulan iaitu Ogos dan September 2018.

“Kadar insentif adalah 20.8 sen/kWj (kadar tarif Neon & Floodlight) bagi jumlah pe­ningkatan penggunaan tenaga elektrik yang melebihi purata kegunaan tiga bulan yang diambil dari Mei, Jun dan Julai 2018.

“Ia melibatkan bangunan pencakar langit, bangunan pejabat, kompleks komersial, kompleks beli-belah, hotel serta stesen minyak,” kata syarikat utiliti nasional itu dalam kenyataan di sini hari ini.

Para pengguna yang la­yak boleh mendapatkan borang permohonan di semua Kedai Tenaga berhampiran atau melalui myTNB Self Service Portal, www.mytnb.com.my.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 September 2018.