Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Ir. Azman Mohd. berkata, kedua-dua stesen biogas tersebut terletak di Estet Hadapan di Layang-Layang, Simpang Renggam, Johor dan Estet Flemington di Bagan Datuk, Perak.

Katanya, Stesen Biogas Hadapan beroperasi sepenuhnya pada 30 Disember 2016 mempunyai kapasiti terpasang 1.6 megawat (mW).

Jelas beliau, Stesen Biogas Flemington yang beroperasi sepenuhnya pada 26 Januari 2017 juga mempunyai kapasiti terpasang 1.6 mW.

“Tenaga elektrik yang dihasilkan kedua-dua stesen disalurkan terus ke grid nasional.

“Usaha sama tersebut membolehkan TNB mengukuhkan kedudukannya sebagai pemain utama tenaga boleh diperbaharui di Malaysia,” katanya dalam ke­nyataan di sini hari ini.

Kerjasama itu juga akan menyerlahkan nilai bahan buangan kilang sawit di ladang-ladang milik Sime Darby.

Majlis menandatangani plak sempena pelancaran stesen janakuasa biogas telah dihadiri oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby, Tan Sri Mohd. Bakke Salleh.