TNB berkata, anugerah tersebut adalah kemenangan kedua mereka selepas membolot anugerah pertama pada 2014.

Ketua Pegawai Korporat­nya­, Datuk Wira Roslan Ab. Rahman menerima anugerah tersebut dari Pengerusi World Branding Forum, Richard Rowles di Kensington Palace, London baru-baru ini.

Anugerah Penjenamaan Du­nia adalah program pengiktirafan anugerah anjuran World Branding Forum.

Lebih 4,500 jenama dari 57 negara dicalonkan tahun ini, dengan 351 jenama dari 49 negara diumumkan sebagai pemenang, termasuk 81 jenama dari 16 negara menerima anugerah itu di New York manakala 270 pemenang dari 33 negara lagi menerima anugerah tersebut di London.