Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

TM yakin asas PKS terus berkembang

Imri Mokhtar (tiga dari kiri) menunjukkan tanda bagus bersama 3
Imri Mokhtar (tiga dari kiri) menunjukkan tanda bagus bersama Khairul Kamarudin (dua dari kiri) pada Majlis Pelancaran SME BizFest 2017 di Menara Kuala Lumpur, semalam. utusan/Aizzul A. Majid

KUALA LUMPUR 15 Feb. - Telekom Malaysia Berhad (TM) yakin asas pelanggannya dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan terus berkembang susulan pengenalan pelbagai program dan strategi baharu untuk membantu perniagaan.

Naib Presiden Eksekutif, Pengguna dan PKS TM, Imri Mokhtar berkata, hampir 70 peratus daripada 700,000 PKS aktif di seluruh negara buat ketika ini merupakan pelanggan TM.

“Kita telah melihat trend perkembangan ini sejak beberapa tahun lalu dengan pelbagai program dan peralatan baharu melibatkan teknologi digital, asas pelanggan PKS hanya akan terus berkembang menuju ke hadapan.

“TM juga merancang memperkenalkan beberapa produk baharu tahun ini seperti webe untuk PKS serta pelbagai aplikasi perniagaan lain selepas berjaya mencari lebih ramai rakan kongsi untuk bekerjasama,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan edisi keenam acara tahunan TM untuk segmen PKS, SME BizFest 2017 yang akan menjelajah ke lima lokasi berbeza antara 15 Mac hingga 11 Mei depan, di sini hari ini.

Yang turut hadir Naib Presiden Jualan, Pengguna dan PKS TM, Khaidhir Elias dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam Malaysia Bhd., Khairul Kamarudin.

SME BizFest 2017 akan diadakan di Sime Darby Convention Centre pada 15 Mac ini; Borneo Convention Centre, Kuching (30 Mac); Grand Riverview Hotel, Kota Bharu (4 April); Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru (11 April) dan The Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu (11 Mei).

Menurut Imri, acara bertemakan ‘Dominasi dengan Inovasi: Go Digital’ itu akan menumpukan dua komponen utama iaitu persidangan dan pameran, berbeza dengan penganjurannya sebelum ini yang hanya memfokuskan kesedaran.

Katanya, syarikat-syarikat PKS tempatan perlu menguasai inovasi digital bagi kekal relevan dalam persekitaran perniagaan masa kini, selain membantu meningkatkan produktiviti dan bersaing dengan lebih cekap.

“Landskap perniagaan digital berubah pesat di luar jangkauan. TM akan terus berusaha membentuk sebuah negara pintar dengan menyediakan teknologi digital terbaik buat PKS untuk berkembang,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain