MOHAMMED SHAZALLI RAMLY
MOHAMMED SHAZALLI RAMLY

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Seri Mohammed Sha­zal­li Ramly berkata, tumpuan akan terus diberikan untuk mengukuh­kan perkhid­matan konvergens TM yang telah diputuskan sejak separuh kedua 2017.

Katanya, perkhidmatan konvergens itu bertujuan untuk meningkatkan purata perolehan setiap pelanggan (ARPC) dengan memanfaatkan pelanggan isi rumah sedia ada bagi menggunakan perkhidmatan Unifi yang lain.

“TM berada pada landasan tepat melaksanakan penyatuan perkhidmatan ini yang akan memberi lebih banyak peluang kepada kumpulan berbanding para pesaing didorong keupayaan yang kami miliki.

“Perubahan transformasi di­namik akan menjadi pemang­kin kepada pertumbuhan TM dalam tempoh beberapa bulan akan datang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

TM kini mempunyai liputan bersepadu unifi di seluruh negara, meliputi jalur lebar, mudah alih dan wifi. Setakat akhir tahun 2017, TM mencatatkan jumlah pelanggan jalur lebar secara ke­seluruhannya melebihi 2.3 juta pelanggan.

Penawaran perkhidmatan ja­lur lebar utamanya, unifi bagi kediaman dan PKS mencapai lebih dari­pada 1.1 juta pelanggan, manakala unifi Mobile mencatatkan 9.8 peratus penembusan isi rumah TM.

Setakat akhir 2017, sebanyak 42 peratus penembusan isi rumah TM meliputi portfolio konvergens merangkumi tiga perkhidmatan atau lebih iaitu gabungan telefon, jalur lebar, mudah alih dan te­levisyen.

Dalam perkembangan lain, tarikh 1 Mei lalu menyaksikan Mohammed Sha­zal­li genap setahun menyertai TM sejurus dilantik sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM berkuat kuasa pada 1 Mei 2017.

Memasuki tahun kedua bersama TM, Mohammed Sha­zal­li berhasrat untuk mencapai ketersambungan yang lancar dan pe­ngalaman pelanggan yang dipertingkat.

“Aplikasi mudah alih yang baharu kami lancarkan, [email protected] menerima sambutan amat memberangsangkan daripada orang ramai, dengan lebih satu juta pelanggan telah mendaftar.

“TM juga telah memper­kenalkan beberapa aplikasi digital baharu bagi mempertingkatkan keseluruhan pengalaman unifi untuk pelanggan seperti [email protected], TM Wifi Optimiser yang telah menerima anugerah dan unifi PlayTV,” katanya.