Ketua Pegawai Eksekutif TM, Datuk Seri Mohammed Sha­zal­li Ramly berkata, peruntukan yang lebih tinggi itu bertujuan mempertingkatkan Jalur Le­bar Berkelajuan Tinggi (HSBB) dan Jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB).

Katanya, TM juga akan turut mempertingkatkan pelaburan bagi mengembangkan rangkaian liputan evolusi jangka panjang (LTE) juga WiFi.

“Ia merupakan capex yang seimbang di antara fiberisation dan infrastruktur mudah alih,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) TM di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi TM, Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob; Pengarah Eksekutif dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TM, Datuk Bazlan Osman dan Ketua Pegawai Kewangan TM, Nor Fad­hi­lah Mohd. Ali.

Setakat akhir 2017, TM merekodkan sebanyak 42 peratus pe­nembusan isi rumah TM meliputi portfolio kovergens merangkumi perkhidmatan meliputi telefon, jalur lebah, mudah alih dan tele­visyen.

Di bawah teras pemerkasaan digital, TM telah memperkenalkan beberapa aplikasi baharu bagi mempertingkatkan keseluruhan pengalaman unifi untuk pelanggan iaitu [email protected], TM Wifi Optimiser dan unifi PlayTV.

Kesinambungan kepada Pelan Penambahbaikan Jalur Lebar, TM menawarkan rakyat Malaysia dengan akses jalur lebar lebih pantas seperti yang digariskan oleh Perdana Menteri dalam Bajet 2017 dengan memperkenalkan pakej ebiz dan edu.

Dalam pada itu, Mohammed Shazalli berkata, bertepatan dengan aspirasi ‘Memacu Konvergens’, kumpulan TM telah menya­tukan jenama perkhidmatannya di bawah satu identiti.

Jelas beliau, dengan perubahan strategik itu, TM merupakan satu-satunya jenama di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan konvergens lengkap mudah alih, wifi dan televisyen meliputi kesemua segmen talian mudah alih pada bila-bila masa, di mana sahaja pada sebarang peranti mencerminkan makna sebenar konvergens kepada kumpulan.

“TM berada di landasan tepat untuk memperkenalkan produk baharu pada separuh kedua tahun ini yang akan menggantikan streamyx.

“Produk ini akan mempunyai kelajuan dan kapasiti yang lebih berbanding streamyx,” jelas beliau.