Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

TM jangka SKR1M lengkap tahun ini

Bazlan Osman
Bazlan Osman

KUALA LUMPUR 26 April - Telekom Malay­sia Berhad (TM) menjangkakan Sistem Kabel Rakyat 1Malaysia (SKR1M) dapat disiapkan sekurang-kurangnya menje­lang hujung tahun ini.

Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan TM, Datuk Bazlan Osman berkata, SKR1M akan mening­katkan keseluruhan sistem kabel sedia ada dari timur hingga barat Malaysia.

“Sebarang ke­perluan kepada sistem kabel yang baharu selepas ini adalah ber­gantung kepada keper­luan dan per­mintaan pasaran,” katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan ke-32 di sini hari ini yang turut dihadiri Pengerusi TM, Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob.

SKR1M merupakan sistem kabel fiber optik dasar laut sepanjang 3,800 kilometer meng­hubungkan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak berupaya menyediakan perkhidmatan jalur lebar berkapasiti 4 Terabyte/saat (4Tbps) di negara ini.

Projek SKR1M yang mula dilaksanakan pada 2015 bernilai RM619 iaitu RM412 juta menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) manakala RM207 juta pula menerusi TM.

Bagi tahun kewa­ngan berakhir 31 Disember 2016, TM mencatat pertumbuhan hasil sebanyak 2.9 peratus kepada RM12.06 bilion berbanding RM11.72 bilion yang dicatatkan bagi tempoh sama tahun lalu.

Setakat 31 Disember 2016, TM mencatat liputan projek Jalur Le­bar Berkelajuan Tinggi (HSBB) yang le­bih luas iaitu 2.23 juta port di seluruh negara, dengan kadar langganan ke­seluruhan sebanyak 42.6 peratus dengan jumlah pelanggan jalur lebar sebanyak 2.37 juta.

Pada Februari lalu, TM menjangkakan perbelanjaan modal (capex) lebih tinggi tahun ini dipacu pelaksanaan projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Fasa Kedua (HSBB 2), Jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB), sistem kabel dasar laut dan evolusi jangka panjang (LTE) sepenuhnya.

Bagaimanapun, secara ke­seluruhan unjuran capex itu melibatkan kira-kira 30 peratus daripada keseluruhan perolehan kumpulan bagi tahun kewangan 2017.

Sementara itu, Bazlan berkata, TM menyasarkan untuk menggandakan kelajuan internet bagi semua pelanggan UniFi menjelang akhir tahun ini berbanding ketika ini hanya 22 pe­ratus daripada 640,000 pelanggan UniFi menaik taraf kelajuan internet.

“Ini adalah sejajar dengan peruntukan di bawah Bajet 2017 supaya penyedia perkhidmatan internet meningkatkan kelajuan jalur lebar tetap mereka tanpa melibatkan sebarang perubahan harga.

“Oleh itu, ia dijangka tidak memberi sebarang impak kepada hasil purata setiap pelanggan (ARPU) memandangkan tidak ada perubahan kepada harga perkhidmatan UniFi,” katanya.

Beliau memberitahu, TM setakat ini memperluaskan rangkaian evolusi jangka panjang (LTE) meliputi lebih 60 peratus kawasan di seluruh negara.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain