Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

TM bantu syarikat bumiputera

Program Pembangunan Vendor tolong perniagaan berkembang lebih baik

. 3

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Peranan Tele­kom Malaysia Berhad (TM) da­­lam memperkasa sya­rikat bumiputera di bawah Program Pembangunan Vendor Bumiputera (BVDP) sejak diperkenalkan pada 1993 banyak membantu syarikat-syarikat tersebut berkembang dengan lebih baik.

Ini terbukti dengan pen­yer­ta­an satu daripada syarikat di bawah program tersebut, Du­ta Jasa Sdn. Bhd. (Duta Jasa) da­lam projek pembinaan Lebuh Ra­ya Pan Borneo Sarawak melalui Konsortium of Relocation Works (KRW) untuk kerja-kerja pengalihan infrastruktur telekomunikasi dengan nilai kontrak ditawarkan melebihi RM300 juta pada 2016.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nawari Sedi berkata, pengliba­tan syarikat dalam projek mega itu secara tidak langsung memberi keyakinan kepadanya untuk mencapai sasaran memperoleh kontrak dua kali ganda berbanding tahun lalu.

Katanya, Duta Jasa merupakan antara syarikat di bawah rangkaian vendor TM mempunyai pengkhususan dalam penyediaan rangkaian telekomunikasi jalur lebar berkelajuan tinggi di seluruh Sarawak yang kini memiliki tenaga kerja seramai 102 orang, meningkat lebih dua kali ganda berbanding dua tahun lalu.

Beliau memberitahu, syarikat telah menerima lebih RM150 juta nilai kontrak sejak 1996 termasuk yang terbaharu pada 2015 bernilai RM31.5 juta yang digunakan sepenuhnya dalam jangka masa setahun setengah.

“Ini adalah antara contoh pencapaian syarikat sejak menyertai BVDP pada 2008 di bawah TM hinggalah dilantik se­bagai Rakan Strategik pada 2015.

“Kami berharap program ini dapat menjadi satu platform yang disediakan TM untuk kami menuju ke arah menjadi Jaguh Nasional dan mampu berkembang dalam industri pembinaan infrastruktur telekomunikasi negara,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Sejak 1993, TM telah mengagihkan RM7.7 bilion nilai kontrak kepada syarikat bumiputera yang terlibat di bawah program tersebut yang menyaksikan kemahiran 450 vendor dipertingkatkan terutama dari segi kualiti kerja supaya dapat mencapai kedudukan kukuh dan bersaing dalam pasaran.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif RUL Synergy Sdn. Bhd. (RUL Synergy), Mohd. Shah­ril Zulkifli berkata, syarikat akan memastikan kualiti kerja sentiasa dipertingkatkan se­iring dengan transformasi yang dilaksanakan TM sebagai strategi utama untuk kekal berdaya saing dan dalam masa sama membuka pintu kepada kerjasama yang lebih luas.

Katanya, RUL Synergy mula memberikan perkhidmatan ke­pada TM sejak 22 tahun lalu dan merupakan antara kontraktor perintis bagi skop kerja Mini Ja­dual Kadar Harga (MJKH), Laporan Kerosakan dan Streamyx Installer (SI) yang masih kekal sehingga kini.

“Hasilnya, beberapa proses transformasi berjaya dilaksanakan melibatkan pelbagai aspek perniagaan dan tenaga kerja termasuk menaik taraf syarikat daripada Enterprise kepada Sdn. Bhd.

“Bermula dengan hanya ber­ope­rasi sekitar Kajang, kini kami te­lah pergi lebih jauh menjangkaui kawasan utama hingga ke Negeri Sembilan. Tahun ini sahaja, nilai kontrak yang diperolehi dari TM adalah sekitar RM2.5 juta setahun. Saya berharap, kami mampu meningkatkan keupayaan menjadi kontraktor yang memiliki pelbagai kemahiran pada masa akan datang,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain