Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

TH Plantation bayar dividen 6 sen sesaham

Zainal Azwar Zainal Aminuddin (kiri)  dan Mohamed Azman Shah Izhak
Zainal Azwar Zainal Aminuddin (kiri) dan Mohamed Azman Shah Izhak melihat buku laporan tahunan TH Plantations Berhad dalam sidang akhbar selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu di Kuala Lumpur, semalam. utusan/NOOADZRENE MOHAMMED NOOR

KUALA LUMPUR 8 Mei - TH Plantation Berhad (THP) mengumumkan pembaya­ran dividen sebanyak enam sen sesaham kepada pemegang sahamnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zainal Azwar Zainal Aminuddin berkata, pembayaran tersebut mewakili 36 peratus daripada keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) yang berjumlah RM147.1 juta pada tahun lalu.

Beliau berkata, perolehan syarikat meningkat 23 peratus kepada RM562.3 juta berbanding RM455.3 juta pada 2015 dibantu oleh pemulihan harga minyak sawit mentah (CPO) dan isirung kelapa sawit (PK) pada separuh kedua 2016 dengan harga purata masing-masing RM2,463 metrik tan dan RM2,365 metrik tan.

“THP tidak membayar dividen pada tahun 2015 kerana prestasi syarikat yang kurang memberangsangkan serta masih berada dalam fasa pertumbuhan bagi sebahagian besar ladang milik THP yang melalui program penanaman semula dan pemba­ngunan berstruktur sejak tahun 2009.

“Sehingga kini, 60,000 hektar ladang kelapa sawit di seluruh Malaysia telah mencapai tempoh matang dengan purata umur 12 tahun. Oleh itu, perolehan THP turut dijangka meningkat dan pemegang saham akan menikmati pulangan yang baik dengan pemberian dividen yang kompetitif pada masa depan,” katanya dalam sidang akhbar mesyuarat agung tahunan THP di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Kewangan THP, Mohamed Azman Shah Ishak.

Sementara itu, Zainal Azwar berkata, syarikat akan meneruskan langkah pelupusan aset-aset yang tidak menunjukkan prestasi baik dan tidak strategik.

Jelasnya, Disember tahun lalu THP telah melupuskan THP Ge­mas Sdn. Bhd. dengan nilai RM154 juta dan pelupusan tersebut membantu meningkatkan pres­tasi kewangan tahun 2016.

“Tahun ini THP bercadang untuk melupuskan beberapa aset dengan anggaran nilai RM150 juta. Mana-mana bank tanah yang tidak memberikan pulangan setimpal akan dijual.

“Langkah ini membolehkan THP memberi lebih fokus kepada tanah yang baik sekali gus membantu syarikat mengurangkan kos operasi,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain