Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

TEY 2017 fokus kesan karbon

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Dasar & Pembangunan Pendidikan),
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Dasar & Pembangunan Pendidikan), Datuk Seri Khairil Awang (dua dari kiri), Presiden UMW Toyota, K. Ravindran (kiri) dan Akio Takeyama (tiga dari kiri) berbual mesra bersama peserta Toyota Eco Youth 2017 di Shah Alam, semalam.

KUALA LUMPUR 6 Mac – UMW To­yota Motor Sdn. Bhd. melancarkan program alam sekitar tahunan, To­yota Eco Youth 2017 (TEY) dengan tema utama mengurangkan kesan karbon kepada pelajar di sekolah-sekolah terpilih seluruh Malaysia.

Timbalan Pengerusi UMW Toyota, Akio Takeyama berkata, sejak diasaskan pada 2001, pihaknya telah membelanjakan lebih RM6 juta dalam TEY bagi membolehkan pelajar memba­ngunkan kemahiran teknikal untuk melindungi alam sekitar.

Menurut beliau, melihat kepada senario persekitaran semasa, UMW Toyota percaya pengurangan karbon merupakan langkah penting untuk membendung pelbagai isu yang menjejaskan ke­adaan alam sekitar pada masa kini.

“Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat, UMW Toyota berhasrat mendidik golongan belia di sekolah mene­ngah khususnya untuk menjadi duta dalam menyokong kema­panan alam sekitar dan meningkatkan kualiti hidup.

“Kami percaya pembelajaran yang diterima berguna kepada golongan terbabit dalam membuat keputusan tepat apabila menjadi pemimpin negara pada masa depan,” katanya dalam ke­nyataan di sini pada 2 Mac lalu.

Di peringkat global, UMW To­yota telah menubuhkan Cabaran Alam Sekitar Toyota 2050 bagi mengenal pasti enam isu utama alam sekitar seperti pengurangan karbon dioksida, penggunaan air secara optimum dan membuda­yakan kitar semula.

Menurut Takeyama, bagi ope­­rasi syarikat, UMW Toyota mengambil inisiatif langkah-langkah berkesan dengan memasang panel solar di kilang pemasa­ngannya dalam usaha mengurangkan penggunaan elektrik.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain