Pengasas Tesla, Elon Musk berkata, kereta Tesla model S akan dijual bermula pada harga AS$74,884 (RM333,196) sebuah yang boleh bergerak sejauh 632 kilometer untuk sekali cas dan AS$93,661 (RM416,746) untuk model X yang mampu bergerak sejauh 565 kilometer.

Katanya, Tesla bercadang untuk membuka kedai dan pusat servis di Abu Dhabi pada 2018 dan mengembangkan perniagaan ke negara-negara Asia Barat lain iaitu Bahrain, Oman dan Arab Saudi.

“Kedai ‘pop-up’ di pusat beli-belah Dubai Mall dan pusat servis yang sedang dibina di Jalan Sheikh Zayed akan mula dibuka bermula Julai depan,” katanya dalam sidang akhbar di Dubai, semalam.

Namun, Musk menolak untuk menerangkan dengan lebih lanjut rancangan atau jangka masa pengembangan perniagaan di luar UAE dengan lebih mendalam.

Jualan kereta mewah di negara-negara teluk adalah antara yang tertinggi berbanding pendapatan per kapita dunia walaupun permintaan pengguna sedikit lembap akibat kemerosotan harga minyak telah membuatkan beberapa syarikat automotif terjejas. – REUTERS