Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd., Datuk Dr. Zahari Husin berkata, fokus kini adalah untuk memastikan penghantaran Myvi serba baharu tepat pada masanya.

Menurut beliau, model Perodua yang lain turut menerima sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai terutama menerusi pelbagai promosi yang diadakan.

“Kami menyediakan tawaran eks­klusif pada bulan ini untuk model Axia, Bezza dan Alza (untuk varian terpilih sahaja) dengan rebat sehingga RM2,000,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Perodua telah menjual 184,707 buah kenderaan dalam tempoh 11 bulan pertama 2017 berban­ding 182,485 buah kenderaan bagi tempoh sama tahun lalu.

Zahari menambah, menerusi kempen JomSinggah para pelanggan dijemput untuk datang ke pusat pameran dan servis sah Perodua di seluruh negara bagi menikmati pelbagai promosi istimewa dan tawaran hebat.

Katanya, kempen tersebut berlangsung pada 8 hingga 10 Disember.

“Sila berjumpa dengan wakil jualan sah kami untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tawaran yang kami berikan.

“Selain itu, jangan lepaskan pelung untuk pandu uji Myvi serba baharu varian 1.5 dan 1.3 bagi merasai sendiri pengalaman memandu jentera berkenaan,” ujarnya.