Kuala Lumpur 24 Mei 2016 : ( Presiden Pengarah Urusan Kumpulan
Abdul Rahim Mohd. Zin

Menurut Affin-Hwang Bank, ia kerana anggaran nilai keseluruhan kepentingan ekuiti KUB berada sekitar RM885.11 juta, menjadikan anggaran nilai saksama setiap tawaran saham pada nilai RM1.59.

Jelasnya, tawaran berkenaan adalah tidak adil dan tidak munasabah kerana ia mewakili diskaun antara 28.59 peratus hingga 40.68 peratus bagi setiap saham KUB.

“Saham KUB secara relatif adalah cair dan akan kekal didagangkan di Pasaran Utama Bursa Securities, pemegang berpeluang merealisasikan pelaburan menerusi pasaran terbuka pada harga pasaran semasa lebih tinggi daripada harga tawaran.

“Bagaimanapun, tiada jaminan bahawa saham KUB akan terus mengekalkan kecairan serta didagangkan pada harga tawaran semasa iaitu lebih tinggi daripada harga tawaran,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia di sini hari ini.

Pada awal Jun, Temasek Padu menawarkan untuk mengambil alih baki saham biasa di dalam KUB, selain merancang mengekalkan status penyenarai­an syarikat itu di Bursa Malaysia.

Sementara itu, Presiden dan Pengarah Urusan Kumpulan KUB, Datuk Abdul Rahim Mohd. Zin turut tidak bersetuju dengan tawaran tersebut bagi menjaga ke­seluruhan pegangan saham beliau dalam KUB.

“Setelah mengambil kira penilaian dan cadangan Affin Hwang Invesment Bank, lembaga pengarah mencadangkan agar pemegang saham minoriti menolak tawaran tersebut,” katanya.