Lebih menyedihkan ia melibatkan bilangan jemaah yang ramai dengan jumlah kerugian kewangan yang banyak.

Wartawan Utusan Malaysia, ROSKHOIRAH YAHYA menemu bual Pengarah Urusan Juara Travel & Tours Sdn. Bhd. (Juara Travel) Mazlan Mansor bagi berkongsi pandangan mengenai isu ini yang dilihat semakin serius. 

Beliau yang pengalaman selama lebih sedekad sebagai ejen mengendalikan umrah dan kini mempunyai 18 cawangan di seluruh negeri berkata, secara prinsipnya , seseorang itu boleh mengelak menjadi mangsa penipuan andai mendengar nasihat pihak berkuasa.

Lebih penting katanya, menggunakan segala hak sebagai pengguna yang bijak.


BOLEH tuan kongsikan sedikit perjalanan awal syarikat Juara Travel & Tours Sdn. Bhd.?

Penubuhan syarikat ini bermula apabila saya memohon lesen pelancongan pada tahun 2002 dengan bantuan seorang kawan yang bekerja di Kementerian Pelancongan pada ketika itu.

Saya tidak mempunyai pejabat ataupun kakita­ngan ketika itu. Se­gala usaha dilakukan secara seorang diri dengan menjadi sebagai pemandu pelancong kepada orang Arab di negara ini.

Pada tahun 2007 saya berpeluang menunaikan umrah ke tanah suci. Bermula daripada itu kehidupan saya berubah dan nekad untuk membuka agensi umrah sendiri.

Saya tidak pernah terfikir syarikat mampu bertahan sehingga hari ini.

Prinsip saya mudah, ‘jadilah diri sendiri dan apa yang dilakukan bukan sahaja memberi manfaat kepada diri sendiri tetapi juga orang lain’.

Apakah kelebihan dan keistimewaan Juara Travel berban-ding agensi yang lain?

Perkara yang menjadi keutamaan kami adalah sentiasa menyediakan perkhidmatan terbaik kepada jemaah. Kami tidak mementingkan keuntungan semata-mata.

Contohnya, syarikat menyediakan kursus umrah secara percuma kepada orang ramai setiap minggu. Kos tersebut ditanggung sepenuhnya oleh syarikat dengan menggunakan dana dakwah sejak lima tahun lepas.

Selain itu, kami turut menyediakan perkhidmatan seorang ustaz atau ustazah bagi setiap 40 jemaah yang dibawa ke kota suci.

Pandangan tuan mengenai kes penipuan pakej umrah yang sering dilaporkan pada hari ini?

Masalah ini berlaku disebabkan sikap masyarakat itu sendiri yang terikut-ikut dengan kawan tanpa mahu melakukan pemeriksaan terlebih dahulu mengenai pakej yang ditawarkan.

Adalah lebih baik mereka merujuk beberapa laman web sahih se-perti Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) untuk melihat senarai agensi berberdaftar.

Selain umrah, apakah per­khid­matan yang ditawarkan sya­rikat tuan?

Kami turut menawarkan pakej pelancongan ke negara lain antaranya, Turki, London dan Bali, Indonesia. Sekiranya terdapat unsur-unsur yang melanggarkan hukum Islam seperti perlu menyediakan minuman keras, pihak kami akan menolaknya secara baik

Syarikat ini juga tidak menggunakan ‘kaedah pukau’ dengan menyembunyikan harga sebenar pakej.

Alhamdulilah, Juara Travel pada tahun ini telah diberi lesen oleh Tabung Haji sebagai Pe­ngelola Jemaah Haji dan seramai 132 jemaah akan menunaikan haji melalui syarikat ini.

Boleh kongsikan sedikit me­ngenai program di bawah tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang diusahakan?.

Antara CSR yang dilakukan syarikat ialah membawa golo­ngan asnaf untuk menunaikan umrah. Ini adalah hadiah syarikat kepada golongan tersebut dan pemilihannya cukup sekadar mereka menunaikan solat lima waktu.

Kami turut mengadakan beberapa program seperti ceramah secara percuma kepada pelajar, kursus haji cilik dan lawatan untuk murid pra-sekolah.

Selain itu, syarikat turut membuka perniagaan berkonsepkan francais bagi memberi peluang kepada individu yang berminat.

Anugerah kecemerlangan yang diterima oleh syarikat tuan?

Beberapa anugerah telah dite-rima antaranya Prestasi cemerlang 2012/2013, Agensi pelancongan terkemuka 2014, Ejen pelancongan terbaik bulan Di-sember 2015, Ejen keagamaan terbaik 2015 dan Sijil penghargaan dari Etihad Airways.

Pandangan tuan mengenai sektor pelancongan di Malaysia?.

Malaysia mempunyai kawasan pelancongan yang unik, menarik dan indah untuk dikunjungi.

Bagaimanapun, sikap ma­sya­rakat yang mengabaikan aspek kebersihan telah memberi kesan yang tidak baik kepada sektor tersebut. Saya percaya jika masyarakat sedia mengubah sikap mereka, selain penguatkuasaan dipertingkatkan oleh pihak berwajib industri pelancongan berpotensi dimajukan di negara ini.