Pengurus Besar Senai Airport City Sdn. Bhd., Gan Seng Keong (gambar) berkata, tapak sektor berkenaan ada diperuntukkan dalam pelan induk SAC dan akan dibangunkan pada fasa ketiga, namun sehingga kini belum mendapat sambutan.

Menurut beliau, sya­­rikat komponen aeroangkasa dan MRO ke­banyakannya berpusat di Lembah Klang dengan lokasi tumpuan sekitar Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

“Sementara di Johor pula masih terdapat kapasiti untuk syarikat-syarikat ini beroperasi di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Pa­saran industri ini di Malaysia tidak terlalu besar tetapi daripada aspek rantaian nilai seperti pembuatan komponen ia memiliki potensi yang besar.

“Penilaian akan di­­buat berdasarkan permintaan pasaran. Setakat ini tiada syarikat aeroangkasa dan MRO yang akan beroperasi di SAC,” katanya dalam sesi taklimat media pembangunan SAC di sini hari ini.