“Limpahan daripada pelaburan ini termasuklah mewujudkan peluang pekerjaan baharu, kemasukan pelaburan baharu dan memacu pertumbuhan ekonomi Bagan Datuk,” menurut kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Bagi fasa pertama, kumpulan itu berkata, ia akan bermula dengan jumlah pelaburan sebanyak RM100 juta, yang akan disalurkan bagi pembelian tanah dan pembinaan kilang bas dan trak.

Apabila siap, kilang baharu ini akan memenuhi keperluan meningkatkan pengeluaran bagi pasaran tempatan dan eksport.

Bas yang dikeluarkan oleh kumpulan itu kini dieksport ke Singapura, Hong Kong dan Myanmar, selain meninjau pasaran lain yang berpotensi di rantau ini termasuk Thailand, Sri Lanka, Vietnam dan Indonesia. - BERNAMA