NIK NORZUL THANI
NIK NORZUL THANI

Pengerusi Eksekutif T7 Global, Datuk Seri Dr. Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani berkata, loji yang terletak di Taman Perindustrian Bernilai Tinggi UMW, Serendah di sini itu dijangka siap sepenuhnya menjelang penghujung tahun ini dan menyumbang kepada pendapatan kumpulan bermula separuh pertama tahun kewangan 2019.

Jelas beliau, pihaknya juga menjangkakan untuk memperoleh pendapatan bernilai RM180 juta setahun apabila loji tersebut mula beroperasi dalam kapasiti penuh dalam tiga hingga lima tahun.

“Fasiliti akan menyediakan perkhidmatan rawatan permukaan logam untuk industri aero­angkasa bagi pasaran domestik dan eksport serantau.

“Selain itu, loji ini juga bersedia untuk memberi perkhidmatan kepada industri lain seperti minyak dan gas, automotif, biokesihatan dan lain-lain.

“Kami juga akan menggunakan mesin berteknologi tinggi yang ditempah khas dari Amerika Syarikat, pertama di Malaysia dan rantau ASEAN,” katanya.

TAN KAY VIN
TAN KAY VIN

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam majlis pecah tanah pembangunan loji rawatan logam untuk industri aeroangkasa di sini hari ini.

Majlis pecah tanah loji itu di­sempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Yang turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Pengerusi Eksekutif T7 Global, Tan Sri Tan Kean Soon; Pe­ngarah Eksekutif T7 Kilgour, Tan Kay Vin dan Pengarah Urusan Kil­gour Aerospace Group, Ray Kilgour.

Pembinaan kilang tersebut adalah susulan daripada perjanjian usahasama (JVA) yang ditandatangani unit di bawah T7 Global iaitu T7 Aero Sdn. Bhd. dengan KOV Limited untuk membentuk T7 Kilgour Sdn. Bhd. bagi membina dan operasi kilang rawatan logam untuk industri aeroangkasa sekali gus meneroka peluang perniagaan pembinaan rawatan logam bernilai tinggi pada Mei 2017

Dalam pada itu, menurut Nik Norzrul Thani, Kumpulan T7 Global dalam proses mempelbagaikan cabang perniagaan dengan menyasarkan sumbangan seimbang daripada sektor minyak dan gas, aeroangkasa serta pembinaan.

Namun begitu, pihaknya tidak menetapkan tempoh masa dan lebih fleksibel kerana perkara berkenaan bergantung kepada persekitaran pasaran daripada sektor-sektor yang terlibat.