SITI JAMALINA SHAARI menunjukkan produk Minyak Kelapa Dara Moss Mayra keluaran syarikatnya di di Kota Bharu, baru-baru ini.

Pengasasnya, Siti Jamalina Shaari berkata, pihaknya kini membuka peluang kepada orang ramai untuk menjadi ejen dengan modal serendah RM300 sahaja dan margin keuntungan lebih 30 peratus.

Beliau berkata, syarikat menyasarkan memiliki 1,000 ejen menjelang akhir tahun 2018 dan menyediakan kumpulan bimbingan percuma untuk memastikan mereka mempu­nyai ilmu dalam bidang pemasaran.

“Minyak kelapa dara atau sering dipanggil VCO merupakan makanan tambahan untuk ibu hamil dan berpantang.

“Produk ini dijual pada harga mampu milik iaitu RM40 sebotol dan telah disenaraikan minyak makan yang baik di dunia kerana mempu­nyai 1,001 manfaat kepada tubuh badan kita ter­utamanya bagi ibu hamil,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Tambahnya, produk itu diproses menggunakan bioteknologi tanpa menggunakan suhu yang tinggi untuk mengelakkan khasiat di dalam minyak kelapa tersebut ter­jejas.

“Kami mempunyai ratusan testimoni yang mengakui kesan positif selepas menggunakan Minyak Kelapa Dara Moss Mayra dan akhir tahun ini, syarikat menyasarkan jualan sebanyak 300,000 botol penghujung Di­sember 2018.

“Kami percaya, jumlah sasaran itu dapat dicapai disokong pelantikan ejen serta stokis baharu di seluruh negara,” ujar­nya.

Menurutnya, untuk maklumat lanjut orang ramai boleh hubungi talian 012-9991901 atau melayari Facebook Moss Mayra dan instagram:@mossmayraofficial.