Menurut Kumpulan Utusan, acara ini merupakan pengiktirafan ser­ta penghargaan kepada syarikat dan individu di atas pencapaian serta sumbangan mereka dalam industri masing-masing.

“Utusan Business Awards­ 2017 bertujuan memberi inspirasi dan menggalakkan pemain pelbagai industri untuk mengetengahkan produk dan perkhidmatan mereka sekali gus mempromosikan Malaysia selaras dengan komitmen kerajaan untuk memba­ngunkan syarikat-syarikat tempatan di mata dunia.

“Anugerah ini merupakan satu usaha yang menyokong pertumbuhan komuniti perniagaan agar lebih dinamik dan berdaya saing bagi membolehkan syarikat-syarikat dari pelbagai industri untuk meletakkan penanda aras yang lebih tinggi bagi pencapaian masing-masing dan belajar daripada yang terbaik.

“Utusan Business Awards akan dianugerahkan kepada pemain industri, syarikat dan tokoh usahawan yang memainkan peranan penting mencorakkan struktur ekonomi dan mencapai satu tahap yang dibanggakan.

“Keupayaan sesebuah negara mendepani segala ca­baran ekonomi global terletak kepada kegigihan, ketenangan, kemata­ngan dan kecenderungan pemain-pemain ekonomi iaitu syarikat yang beroperasi di Malaysia,” jelas kumpulan syarikat akhbar berbahasa Melayu terulung di negara ini di sini hari ini.

Utusan Business Awards pertama kali diadakan pada 2016 bagi mengiktiraf pencapaian pemain-pemain industri sepanjang tahun 2015 dan menampilkan 37 kategori dengan 25 kategori bagi mengiktiraf kecemerlangan industri, sembilan kategori kecemerlangan kepimpinan dan tiga kategori bagi pencapaian sepanjang hayat.

Pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada Sekretariat Utusan Business Awards 2017 di talian 03-8070 7666, faks 03-8070 0666 atau e-mel [email protected]­awards.com atau layari laman web www.utusanawards.com.