Mereka juga akan kehilang­an kelebihan produktiviti yang dijan­jikan oleh mobiliti.

Pengurus Negara VMware Malaysia, Alex Loh berkata demikian dengan memetik “Kajian Ruang Kerja Digital VMware 2017” yang membuat kajian ke atas 2,000 profesional di Asia Tenggara mengenai tabiat Bawa Peranti Anda Sendiri (BYOD).

“Ia mendedahkan jurang, kelemahan dan ketidakcekapan yang mengejutkan yang perlu ditangani secepat mungkin.

“Ia juga mendedahkan yang 81 peratus pekerja di Malaysia berkata mereka menghadapi kesukaran ketika menggunakan aplikasi kerja – yang tertinggi di rantau ini.

“Jika tidak diuruskan dengan baik, isu terbabit akan terus menjejaskan kelebihan kompetitif syarikat dan menyebabkan kejatuhan produktiviti dan menjejaskan matlamat perniagaan,” katanya kepada Bernama.

Loh berkata, teknologi berge­rak pada tahap yang amat pantas dan tidak ada industri yang terkecuali.

“Organisasi yang tidak dapat membetulkan infrastruktur mereka akan berpotensi untuk memberi laluan kepada lebih banyak inovator baharu dan le­bih tangkas yang berminat untuk memanfaatkan pelbagai peluang pertumbuhan di rantau ini.

“Memberikan pengalaman jaminan perusahaan yang mudah kepada pengguna adalah langkah penting untuk bersedia menghadapi masa depan. Ia juga membolehkan budaya kemungkinan ke arah memperoleh sesuatu yang baharu dan terus menghasilkan keputusan perniagaan yang positif,” katanya.

Loh berkata, VMware menyokong inisiatif transformasi digital pelanggan tempatan dengan membantu mereka memodenkan pusat data mereka serta mengintegrasikan awan awam. – BERNAMA