PRODUK Siti Khadijah Apparel Sdn. Bhd. dipilih sebagai jenama paling bernilai dan kukuh oleh Superbrands.

Antara jenama tersebut adalah penjual pakaian ibadah wanita - Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd, syarikat produk herba semulajadi - Hurix’s dan taman tema kanak-kanak - KidZania.

Turut terpilih ialah jenama-jenama dari pelbagai sektor lain termasuk teknologi maklumat, kesihatan, tekstil, sukan dan pendidikan.

Pengarah, Mike English berkata, pemilihan itu telah dibuat oleh anggota majlis Superbrand serta profesional-profesional pemasaran melalui satu undian dalam talian.

“Selepas melalui kriteria pemilihan ketat yang ditetapkan oleh Superbrands, lebih 3,000 profesional telah dipe­lawa bagi mengundi calon jenama.

“Lebih daripada 1,242 jenama Malaysia telah mendapat skor terbaik daripada majlis pemilihan dan jenama yang memperoleh markah tertinggi, kemudiannya di­pilih sebagai Superbrands,” katanya.

Menurut English lagi, jenama yang terpilih akan dimasukkan dalam buku Superbrands dan diiringi dengan sejarah dan pencapaian setiap jenama itu. – BERNAMA