Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) Darwis Abdul Razak (gambar) berkata, ECRL akan mengadakan siri jelajah bagi bertemu dengan para subkontraktor di negeri-negeri pantai timur dan Selangor selaras dengan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk memanfaatkan projek infrastruktur utama ini kepada kontraktor tempatan.

Katanya, siri jelajah melibatkan empat ibu negeri bermula 15 hingga 23 Oktober ini akan membuka jalan bagi subkontraktor tempatan yang berkelayakan untuk terlibat dalam pelbagai kerja sivil bagi projek bernilai RM55 bilion itu.

“Sesi Pra-Q ini adalah tepat pada masanya selepas proses pengambilan tanah di negeri terlibat kini berjalan lancar dan kami juga telah menjalankan penyelidikan terhadap tanah beberapa tapak sebelum kerja-kerja sivil bermula.

“Kami mempercayai subkontraktor tempatan yang berkelayakan akan mengambil bahagian dalam latihan Pra-Q dan memanfaatkan peluang luas di bawah projek ECRL,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.