Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Strategi Petronas di India

Pengalaman dan reputasi Petronas dalam perniagaan LNG global,
Pengalaman dan reputasi Petronas dalam perniagaan LNG global, syarikat memberi kelebihan kepada syarikat untuk menyediakan penyelesaian khusus di seluruh rantaian nilai LNG seperti fleksibiliti, kepakaran kejuruteraan dan pengalaman dalam pengurusan operasi.

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) menyusun strategi bagi meluaskan operasi­nya di India melalui kontrak jangka panjang pembekalan gas asli cecair (LNG) serta meningkatkan perniagaan minyak pelincir.

Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin
Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, Petronas yang telah bekerjasama dengan syarikat-syarikat di India kini giat me­ningkatkan strategi perniagaannya untuk mengukuhkan dan mengembangkan kehadirannya dalam ekonomi yang paling pesat berkembang di dunia.

“Kami juga berhasrat untuk terus menjadi sebahagian daripada pemangkin ekonomi di India dan menyokong cita-cita serta komitmen pertumbuhannya yang mampan melalui kerjasama dengan rakan-rakan sedia ada serta melalui peluang-peluang strategik yang baharu,” katanya dalam kenyata­an di sini hari ini.

Petronas yang telah bekerjasama dengan syarikat-syarikat di India lebih dua dekat yang lalu kini bakal mempunyai ibu pejabatnya di negara itu bagi perniagaannya di Delhi.

Syarikat itu juga telah melan­tik pengurus besar bagi mengetuai operasinya di India dan sehingga kini Petronas hanya mempunyai eksekutif kanan yang berurusan dengan perniagaan khusus di negara berke­naan.

Tambah Wan Zulkiflee, berdasarkan pengalaman dan reputasi Petronas dalam perniagaan LNG global, syarikat mempunyai kelebihan untuk menyediakan penyelesaian khusus di seluruh rantaian nilai LNG seperti fleksibi­liti, kepakaran kejuruteraan dan pengalaman dalam pengurusan operasi.

“Dengan kapasiti bekalan lebih dari 30 mtpa, Petronas kini merupakan pemain LNG ketiga terbesar di dunia, kami berharap dapat menyumbang kepada keperluan tenaga India, yang merupakan pasaran LNG keempat terbesar di dunia,” jelasnya.

Sehingga kini, Petronas telah menghantar 15 kargo LNG ke India dan baru-baru ini Petronas telah membuat penghantaran kargo pertamanya ke India yang dihasilkan daripada kemudahan pengeluaran LNG terapung yang juga merupakan kemudahan pertama seumpamanya di dunia.

Wan Zulkiflee berkata, per­kongsian strategik Petronas di India juga telah menghasilkan kemajuan dalam pemasar­an dan perdagangan minyak mentah dan produk petroleum lain seperti petrokimia, serta pengedaran pelincir.

“Kami juga melihat pertumbuhan permintaan petrokimia di India terutamanya dengan taraf ekonomi yang semakin meningkat, sekali gus menyaksikan terdapat peningkatan permintaan untuk produk pengguna. Pada tahun 2016, India menghasilkan lebih daripada 100,000 tan jualan petrokimia Petronas,” katanya.

Tambahnya lagi, bagi mengukuhkan perniagaan pelincir Petronas di India, anak syarikat Petronas Lubricants International (PLI) telah melabur AS$150 juta (RM644 juta) untuk tempoh lima tahun akan datang bagi pembinaan loji pelincir bernilai AS$50 juta (RM214.7 juta) dengan kapasiti 110 juta li­ter di Patalganga, yang dijangka siap pada suku pertama 2018.

“Kami menyasarkan penguasaan pasaran pelincir di India akan meningkat tiga kali ganda menjelang 2022. Di peringkat global, kami adalah antara 10 pemain terbaik bagi pasaran pelincir dan berusaha untuk menjadi antara lima teratas dalam tempoh lima tahun,” kata Wan Zulkiflee.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain