Wozniak akan menyertai pen­ceramah lain termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan Presiden Republik Tatarstan dalam Persekutuan Rusia, Rustam N. Minnikhanov.

Wozniak berkata, kemajuan pe­­sat teknologi hari ini telah menyebabkan banyak perubahan disruptif.

“Kesan gangguan ini dalam masa sama memberi impak kepada setiap aspek tamadun moden. Kini pengkomputeran peribadi telah mengubah segala-galanya termasuk ekonomi serta masyarakat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Steve Jobs dan Wozniak merupakan rakan kongsi dan pengasas bersama Apple sejak 1976.

Bercerita mengenai sejarah penubuhan Apple, jelas Wozniak, beliau dan Jobs menganggap kerja di syarikat itu sebagai lebih daripada satu hobi.

Sarawak menjadi tuan rumah kepada pemimpin dan ketua-ketua industri dunia untuk membuka peluang kerjasama dan pertumbuhan yang sedang me­ngalami perubahan disruptif.

WIEF kali ke-13 akan menjadi platform untuk mempromosi negeri itu sebagai destinasi pelaburan berikutan ia menawarkan peluang perniagaan luas dalam pelbagai bidang.

Peluang itu boleh diteroka khususnya oleh 2,000 peserta forum yang dijangka hadir dari Kazakhstan, Indonesia, Kuwait, Pakistan, United Kingdom dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Selain memiliki Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE), Sarawak juga mempunyai potensi tenaga hidro yang boleh menampung keperluan industri berat.

Steve Wozniak