Pengurus Besar Setia Ecohill, SM Koh berkata, pratonton itu melibatkan fasa pertama merang­kumi 75 buah banglo iaitu 59 buah satu tingkat dan 16 buah satu tingkat setengah dengan harga bermula RM1.28 juta.

Katanya, secara keseluruhan terdapat 184 buah rumah merangkumi tiga fasa berbeza diilhamkan di England dengan seni bina kediaman gaya kolonial moden berkonsepkan ruang terbuka.

“Kami menawarkan bang­lo satu tingkat ini bagi memenuhi keperluan keluarga kecil, keluarga de­ngan warga lebih tua serta pemilik rumah teres yang berhasrat menaik taraf gaya hidup mereka.

“Permintaan bagi banglo satu tingkat adalah tinggi, namun bekalan pasaran agak terhad. Sebagai pene­raju segmen hartanah, kami mahu menyediakan rumah yang diperlukan oleh pasaran,” katanya dalam ke­nyata­an di sini hari ini.

Koh berkata, dengan reka bentuk praktikal, ciri-ciri landskap menarik serta kemudahan lengkap terletak berhampiran, Kingsville dijangka menerima sambutan yang memberangsangkan.

“Kingsville akan dipasangkan dengan pemanasan solar, sistem penuaian air hujan serta akan menjadi komuniti berpagar dan terjaga menerusi sistem pemantauan pusat keselamatan 24 jam setiap hari.

“Selain itu, ia juga dikelilingi dengan pelbagai kemudahan termasuk berdekatan dengan projek perbandaran komersial, EcoHill Taipan yang dijangka siap pada suku ketiga tahun ini,” ujarnya.