Pengurus Besar Setia Alam, Tan Siow Chung berkata, Rimba Villa terletak dalam kawasan dikelilingi kehijauan eksklusif di perbandaran utamanya yang dijang­ka siap pada 2020.

Katanya, ia terdiri daripada 430 unit kediaman berkembar dua tingkat dengan masing-ma­sing berkeluasan binaan antara 2,653 dan 2,769 kaki persegi dan saiz tanah 32 kaki X 75 kaki.

Jelas beliau, kesemua unit itu mempunyai harga indikatif kira-kira RM1.45 juta setiap satu.

“Maklum balas yang diterima terhadap Rimba Villa begitu memberangsangkan berikutan lokasi eksklusif berdekatan kawasan hutan yang dilindungi,” katanya dalam kenyataan di sini baru-baru ini.

Lebih 300 pengunjung jemputan diberi peluang melihat projek yang ditunggu-tunggu itu pada 26 Ogos lalu dengan fasa satu yang terdiri daripada 168 unit berkembar dua tingkat, diperkenalkan kepada mereka.

Rimba Villa menawarkan kehidupan moden gaya tropika dengan pelan kediaman empat bilik tidur dan lima bilik mandi.

Setakat 30 Jun 2017, syarikat itu mempunyai 31 projek yang sedang dilaksanakan, dengan baki simpanan tanah 2,180.8 hektar yang mempunyai GDV RM80 bilion dan jualan yang belum dibil keseluruhan pada RM8 bilion.