Pengarah Urusannya, Satoru Arai berkata, unjuran itu didorong pengenalan siri televisyen 4K julat dinamik tinggi (HDR) Bravia baharu.

Katanya, permintaan bagi televisyen yang mempunyai skrin lebih besar terus meningkat dalam tempoh beberapa tahun datang didorong peralihan kepada sistem digital.

Jelas beliau, dari segi pres­tasi jualan, segmen televisyen antara penyum­bang terbesar diikuti kamera, audio dan peranti pintar, Sony Xperia.

“Tahap keyakinan pengguna terhadap jenama Sony yang tinggi mencerminkan potensi cerah bagi merekodkan jualan positif tahun ini.

“Sony menjangkakan pertumbuhan signifikan seiring dengan permintaan pasaran terhadap kualiti paparan televisyen definisi tinggi (HD),” katanya kepada pemberita selepas pelancaran siri televisyen 4K HDR Bravia di sini hari ini.

Antara produk yang diperkenalkan termasuk siri A1, X94E, X93E, X85E dan Z9D.

Kandungan televisyen 4K HDR menggabungkan kombinasi keunikan pemprosesan imej dan teknologi pemprosesan peranti paparan.

Siri A1 menampilkan skrin televisyen paling besar dunia yang mampu mengeluarkan bunyi daripada skrin sendiri dan terdapat dua versi iaitu saiz 65 inci berharga RM29,999 dan 55 inci pula berharga RM16,999.

Kedua-dua model boleh didapati di pasaran tem­pat­an bermula Jun ini.