HAFSAH HASHIM
HAFSAH HASHIM

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Hafsah Hashim berkata, setakat April lalu, sebanyak 13,000 PKS menyertai telah menggunakan e-dompet, Boost menerusi kerjasama dengan Axiata Digital Services Sdn. Bhd.

Katanya, dengan kerjasama RHB Bank Bhd. SME Corp dilantik sebagai ejen JomPAY untuk me­laksanakan inisiatif tanpa tunai dalam kalangan PKS.

“Menerusi JomPAY, pelanggan bank boleh membayar bil berdaftar menggunakan internet, perbankan mudah alih atau mesin ATM menerusi akaun semasa, simpanan atau kad kredit.

“Selain JomPAY, RHB Bank dan SME Corp akan mendekati PKS bagi memindahkan operasi pembayaran de­ngan menggunakan Sistem Pe­ngurusan Tunai Dalam Talian RHB Bank, Reflex dan penyelesaian lain,” katanya dalam sidang akhbar di majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara RHB Bank dan SME Corp di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan RHB Banking, Datuk Khairussaleh Ramli dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet), Peter Schiesser.

JomPAY ialah skim pembayaran bil negara yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh PayNet.

Dalam perkemba­ngan lain, Khairussaleh berkata, RHB Bank mahu mengembangkan pinjaman PKS kepada 9.6 peratus dan meningkatkan pe­nguasaan pasaran PKS kepada 9.2 peratus menje­lang akhir tahun.

“Pada tahun kewangan 2017, pertumbuhan pinjaman PKS kum­pulan itu mencatatkan 8.8 pe­ratus, berbanding pertumbuhan industri sebanyak 6.3 peratus,’’ katanya.