Ketua Pegawai Operasi, Pengurusan Korporat Kumpulan & Operasi SME Bank Datuk Razman Mohd. Noor berkata, perjanjian tersebut turut menyaksikan penambahbaikan bagi kemudahan perubatan sebanyak 38 peratus bagi rawatan pesakit luar untuk keluarga dan 20 peratus untuk rawatan hospital bagi ahli keluarga.

"Penambahbaikan ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan yang menekankan kebajikan dan meningkatkan taraf hidup rakyat secara keseluruhan.

"Melalui perjanjian baharu ini juga, kakitangan bukan Eksekutif SME Bank akan menerima kenaikan gaji asas daripada RM900 kepadaRM1,200 sebulan," katanya pada sidang akhbar selepas majlis menandatangani CA antara SME Bank dan NUCW di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE