Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Siti Khadijah unjur perolehan RM50 juta

Ahmad Maslan (dua dari kiri) diberikan penerangan oleh Aminuddin
AHMAD MASLAN (dua dari kiri) diberikan penerangan oleh Aminuddin Mohd. Nasir mengenai telekung Siti Khadijah sambil disaksikan Padzilah Enda Sulaiman (kiri) ketika lawatannya ke Siti Khadijah Apparel Sdn. Bhd. di Bangi, dekat Kuala Lumpur, kelmarin. Utusan/Shaifudin Mohd Nor

KUALA LUMPUR 10 Ogos – Pengeluar telekung terkemuka, Siti Khadijah Apparel Sdn. Bhd. me­ng­unjurkan perolehan seba­nyak RM50 juta pada akhir 2017 berbanding RM32.5 juta pada tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ir. Aminuddin Mohd. Nasir berkata, syarikat berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran itu berdasarkan jualan bulanan direkodkan sehingga Julai lalu.

Katanya, unjuran itu didorong penambahan tujuh cawangan Siti Khadijah pada tahun ini sete­rusnya menjadikan jumlah kese­luruhan kepada 24 cawangan.

Jelas beliau, syarikat juga sedang mengintai peluang untuk memasuki pasaran antarabangsa setelah berjaya membuka sebuah cawangan di Jakarta, Indonesia pada 2015.

“Pasaran baharu seperti Singa­pura, Brunei, Dubai dan London menawarkan potensi yang tinggi buat jenama Siti Khadijah dan kami mempunyai pelanggan dari negara-negara berkenaan.

“Selain itu, kami merancang untuk mempelbagai saluran jualan memandangkan platform jualan dalam talian ketika ini hanya menyumbang kira-kira 10 peratus,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Mas­lan dan Pengasas Siti Khadijah, Padzilah Enda Sulaiman.

Terdahulu, Ahmad Maslan me­lakukan lawatan rasmi ke butik Siti Khadijah yang berperanan sebagai satu medium perantara pada kerajaan untuk melihat perkembangan usahawan itu sendiri.

Pada Mei lalu, syarikat Siti Khadijah mengungguli Anugerah PKS Patuh Syariah 2017 Bank Islam-Utusan yang julung kali diadakan dengan memenangi Anugerah Perdana.

Syarikat tersebut turut memenangi Anugerah Pemasaran Digital Terbaik dalam majlis anugerah yang diadakan dengan kerjasama Bank Islam dan Utusan Melayu (M) Berhad bagi mengiktiraf daya usaha PKS untuk menjadi yang terbaik.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain