Program itu yang dianjurkan kali pertama akhbar Utusan Malaysia akan menampilkan kolumnis tetap Cikgu Saham yang disiarkan setiap Rabu di Utusanbiz, Zuraida Mohd. Zakaria bersama tiga lagi pakar dalam industri.

Mereka terdiri daripada Pengurus Shariah & Gover­nance of Islamic Capital Market, Bursa Malaysia Berhad, Muhammad Hasanan Yunus; Penolong Pengurus Pasaran Data Jualan dan Pemasaran SI Portal.com Sdn. Bhd., C.Y Leow dan Konsultan AFIQ Training & Advisory, Suzardi Maulan.

Zuraida pula akan me­nyampaikan ceramah bertajuk Menangani Masalah Da­lam Urus Niaga Saham.

Dalam wawancara bersama Utusan Malaysia, Zuraida berkata, simposium berkenaan akan menjadi platform kepada semua lapisan masyarakat untuk mendapatkan maklumat yang te­pat serta senario terki­ni mengenai pasaran saham ter­masuk prosedur pembelian yang bijak.

“Ia juga untuk memberi pendedahan, maklumat secara terperinci, penjelasan secara menyeluruh dan me­­­ningkatkan kemahiran dalam ka­langan rak­yat Malaysia berkaitan pasaran saham.

“Simposium ini sesuai untuk dihadiri oleh semua golo­ngan masyarakat terutama mereka yang tidak tahu langsung mengenai pa­saran saham dan Bursa Malaysia. Ini seterusnya akan memberikan mereka pendedahan dan ilmu pengetahuan agar ti­dak terjebak dalam skim-skim pelaburan haram,” katanya.

Simposium Saham Utusan akan berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 5 petang dalam empat sesi cera­mah, yang diselang-seli dengan acara cabutan bertuah.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai simposium tersebut secara percuma boleh mendaf­tar secara dalam talian di http://bit.ly/simposiumsahamutusan2017 atau menghubungi Unit Pengurusan Jenama Kumpulan Utusan di talian 03-92324428/4431/4432.