Pengurus Pengurusan Jenama Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Hazura Ahmad Halil berkata, simposium yang diadakan di Dewan Utusan Melayu, Jalan Utusan di sini dibuka percuma kepada semua pembaca setia Utusan Malaysia dan orang ramai dijemput hadir hari ini dan esok.

Beliau berkata, program ini diharap dapat membongkar rahsia dunia hartanah dan mendedahkan peserta dengan ilmu berkaitan sekali gus menjadi platform berguna yang memberi maklumat tepat dan padat tentang cara memiliki kediaman idaman serta pengurusan bijak perihal hartanah.

“Orang ramai yang berminat menyertai simposium ini boleh mendaftar secara dalam talian di http://bit.ly/simposiumhartanahutusan2017 atau hadir terus ke meja urusetia pada Sabtu dan Ahad ini untuk mendaftar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Selain membawakan pelbagai topik menarik dan kupasan terperinci mengenai hartanah, SHU 2017 yang berlangsung bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang turut menyediakan pelbagai aktiviti sampingan untuk direbut setiap peserta.

Antara aktiviti tersebut adalah jualan harga runtuh produk eksklusif Kumpulan Utusan dan sesi cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai barangan elektrik serta banyak lagi untuk dimenangi.

Bukan itu sahaja, satu sesi coaching khas secara eksklusif bersama penceramah terpilih iaitu Ahyat Khalissabri, Nor’ashikin, Mohd. Amin Mohd. Yusoff dan Abdul Aziz Ahmad akan turut diadakan pada 23 September bermula pukul 8 sehingga 10 malam dengan bayaran pendaftaran hanya RM50 dan terhad untuk 100 peserta terawal.