Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Sime Darby hantar dokumen permohonan penyenaraian

Abdul Ghani Othman 5
Abdul Ghani Othman

KUALA LUMPUR 11 Sept. – Sime Darby Bhd. telah menghantar dokumen permohonan penyenarai­an dua unit perniagaannya, iaitu perladangan dan hartanah kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia.

Konglomerat yang mengasingkan unit perladangan dan hartanah itu turut mengumumkan lembaga pengarah baharu serta kepimpinan kanan untuk Sime Darby Plantation Bhd. dan Sime Darby Property Bhd.

Pengerusi Sime Darby, Tan Sri Abdul Ghani Othman berkata, lembaga pengarah kedua-dua syarikat terdiri daripada individu yang dipilih dan dilantik berdasarkan pengalaman industri, kepintaran dan integriti mereka.

Katanya, beberapa individu daripada mereka yang dilantik te­lah berkhidmat dengan Sime Darby sebelum ini manakala pihak pengurusan kanan telah dilantik berdasarkan pelbagai keperluan oleh kedua-dua syarikat.

“Ahli lembaga pengarah baharu dan pengurusan kanan kedua-dua syarikat itu mempunyai pengalaman dan kepakaran, untuk menerajui perniagaan dalam masa yang mencabar ini.

“Kami yakin mereka akan mengembangkan syarikat menjadi entiti yang lebih kuat untuk menjana pulangan mampan kepada semua pihak kepentingan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagi Sime Darby Plantation Bhd., Pengerusinya ialah Abdul Ghani sementara Timbalan Pengerusi Eksekutif Dan Pengarah Urusan ialah Tan Sri Mohd. Bakke Salleh.

Sementara itu, bagi Sime Darby Property Bhd. pula, Pengerusi­nya adalah Tan Sri Abdul Wahid Omar, Pengarah Urusan, Datuk Seri Amrin Awaluddin dan Pengarah Eksekutif Dan Ketua Pegawai Kewangan, Datuk Tong Poh Keow.

Abdul Ghani berkata, pengumuman anggota lembaga peng­arah tambahan bagi kedua-dua syarikat itu akan dibuat tidak lama lagi.

Jelas beliau, lembaga pengarah bagi perladangan dan hartanah akan terdiri daripada 11 pengarah apabila disenaraikan, yang keba­nyakannya adalah pengarah bebas bukan eksekutif.

“Sime Darby Plantation menghasilkan hampir suku atau tiga juta tan minyak sawit lestari yang diiktiraf (CSPO) di dunia dengan dua daripada 63 unit operasi yang memiliki persijilan.

“Ladang ini memerlukan pihak pentadbiran yang berdedikasi, berdisiplin dan bersedia untuk melaksanakan perubahan jika perlu,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain