Pengarah Urusan Shell Malaysia, Shairan Huzani Husain berkata, label baharu tersebut akan ditampilkan pada lima produk Shell Helix paling laris iaitu Ultra 5W 40 (4L), HX7 10W (4L), HX7 5W 30 (4L), HX5 10W 30 (3L) dan HX5 15W 40 (4L).

Menurut beliau, kesemua produk berkenaan kini dihasilkan dan dipek di kilang Shell Lubricants Oil Blending di Port Dickson, Negeri Sembilan.

“Label baharu di bahagian hadapan boleh ditanggalkan dan mendedahkan kod QR unik untuk pengesahan ketulenan produk dengan segera manakala label di belakang menampilkan maklumat dalam bahasa Inggeris dan Melayu.

“Langkah ini merupakan pelaburan strategik oleh syarikat untuk melindungi kepentingan pemilik kereta dan rakan niaga dengan membolehkan mereka mengenal pasti produk tulen yang rasmi dan mengekang penjualan produk palsu di pasaran,” katanya dalam majlis pelancaran label baharu Shell Helix di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE