Pelepasan monorel itu disempurnakan oleh Ketua Menteri Maharashtra, Ashok Chavan.

Presiden Negara Scomi India, Suhaimi Yaacob berkata, kejayaan bagi percubaan itu bukti komitmen Scomi Engineering untuk memenuhi kehendak pelanggan.

''Ia juga membuktikan kepakaran Scomi Engineering dalam menyediakan sistem transit urban berkelas tinggi.

''Sekarang kami sudah bersedia untuk menyediakan kemudahan komuter di Mumbai untuk mengekalkan mobiliti, mengurangkan kesesakan dan memberi keselesaan perjalanan menerusi projek monorel kami,'' tambahnya.

Scomi Engineering dan Larsen & Toubro diberi tempoh selama 30 bulan untuk menyiapkan projek pertama monorel itu di India yang membabitkan kontrak bernilai RM1.846 bilion.

Ia membabitkan 60 gerabak untuk menjadikan 15 set bagi empat keretapi.

Projek itu dijangka siap pada tahun depan meliputi laluan sejauh 20 kilometer antara Jacob Circle dan Chembur.