Pengarah Urusannya, Lim Peng Jin berkata, ini merupakan salah satu usaha syarikat untuk memastikan semua keluarga di negara ini mempunyai kediaman sendiri.

"Buat masa ini kita berjaya membina kira-kira 17,000 rumah di beberapa negeri antaranya Melaka, Johor, Selangor serta Perak.

"Sebanyak 75 peratus kediaman dijual dengan harga kurang daripada RM300,000 manakala bakinya pula dijual di antara RM300,000 sehingga RM500,000," katanya ketika sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Misi Mencapai 50,000 Rumah di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Scientex,  Tan Sri Mohd. Sheriff Mohd. Kassim.

Peng Jin menjelaskan, bagi memastikan misi tersebut tercapai pihaknya menyasarkan untuk membina sekurang-kurangnya 3,300 unit rumah dalam tempoh setahun. - UTUSAN ONLINE