Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Sasaran iMoney jadi syarikat fintech terkemuka

Lee Ching Wei
Lee Ching Wei

BERMULA dengan hanya tiga orang kakitangan pada tahun 2012, iMoney kini memiliki seramai 160 orang kakitangan yang mengendalikan laman web bagi membandingkan produk-produk kewangan yang ditawarkan institusi perbankan.

iMoney http://www.imoney.my kini beroperasi di enam buah pasaran antarabangsa termasuk Malaysia, Indonesia, Filipina, Hong Kong, Thailand dan Singapura.

Selain menjadi peneraju dalam penyelesaian teknologi kewangan (fintech), iMoney tidak lari daripada cabaran dalam mengembangkan kehadiran mereka di pasaran.

Ikuti wawancara wartawan Utusan Malaysia, Nabila Yasmin Razib bersama Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas bersama iMoney, Lee Chin g Wei.

Bagaimana iMoney ditubuhkan dan apakah idea di sebalik kehadiran iMoney di pasaran tempatan?

Lee Ching Wei: iMoney diasaskan sekitar lima tahun lalu apabila saya baru menamatkan pelajaran di Australia dan kemudian mula bekerja di sebagai penasihat kewangan. Sebagai graduan baharu bekerja, saya mengalami kesukaran untuk mendapatkan maklumat berkaitan produk-produk yang ditawarkan institusi perbankan.

Ketika itu penggunaan internet tidak meluas seperti hari ini, kita perlu hadir sendiri ke bank-bank untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai produk-produk mereka.

Saya rasa ia agak menyukarkan golongan muda seperti saya ketika itu, jadi saya mendapat idea untuk membina satu laman web yang membolehkan pengguna membandingkan produk dan perkhidmatan kewangan agar selari dengan kemampuan masing-masing.

Apa antara cabaran ketika itu?

Ketika kami baru beroperasi, pengguna masih belum terbiasa dengan kaedah dalam talian, malah bank-bank ketika itu juga belum betul-betul lengkap dengan teknologi.

Kami juga mengalami kekangan dari segi modal ketika awal-awal penglibatan dalam industri fintech ini. Namun secara ke­seluruhannya iMoney kini menerima pembiayaan lebih daripada AS$10 juta daripada pelabur asing dari Singapura, Jepun, Amerika Syarikat, Australia dan Eropah sepanjang empat tahun lepas, dan ia membolehkan kami untuk terus melabur bagi me­ngukuhkan kedudukan iMoney seperti hari ini.

Hari ini pula cabarannya berlainan, kini kami berhadapan dengan ‘tekanan’ untuk terus mengekalkan kadar pertumbuhan dan bagaimana untuk meluaskan lagi jangkauan terhadap orang ramai serta bagaimana kami hendak menawarkan per­khidmatan yang memberikan nilai tambah kepada pengguna.

Apa antara produk dan per­khidmatan yang ditawarkan iMo­ney?

Lima tahun lalu kami bermula sebagai laman web yang membandingkan produk-produk kewangan peribadi seperti kad kredit dan pinjaman peribadi. Hari ini rangkaian perkhidmatan yang ditawarkan telah berkembang kepada produk seperti insurans, pinjaman perumahan dan pelan jalur lebar. Semua perkhidmatan yang ditawarkan di iMo­ney adalah percuma.

Percuma? Jadi bagaimana iMo­ney meraih pendapatan?

Kami menggunapakai sistem rujukan asas di mana pihak pembekal perkhidmatan seperti syarikat telekomunikasi, insurans dan bank akan membuat pembayaran kepada kami apabila berjaya menghubungkan mereka dengan pelanggan.

Sebagai contoh, apabila seseorang pelanggan berjaya mendaftar kad kredit melalui iMoney, kami mendapat sejumlah bayaran yang membolehkan iMoney terus memberi khidmat kepada pelanggan.

Adakah ia tidak menimbulkan soal bias kerana iMoney mendapat bayaran daripada bank?

Tidak. Kami memberi pilihan kepada pelanggan berdasarkan jawapan kepada setiap soalan yang diberikan ketika proses permohonan. Jika anda lihat di laman web kami, setiap permohonan akan melalui satu kaedah di mana pelanggan dikehendaki menjawab beberapa soalan bagi menentukan kecende­rungan dan kebiasaan pelanggan.

Kemudian khidmat pelanggan kami akan menghubungi pelanggan dan memberikan maklumat lanjut mengenai sesuatu produk.

Boleh anda kongsikan perkembangan iMoney ketika ini?

Perkembangan iMoney sa­ngat memberangsangkan dengan perolehan yang dicatatkan kumpulan tahun ke tahun meningkat lebih 40 peratus. Malaysia dan Indonesia masing-masing merekodkan peningkatan 40 peratus, manakala Filipina meningkat hampir 280 peratus tahun ini.

Apakah segmen produk yang memberi sumbangan signifikan kepada pertumbuhan tersebut?

Produk-produk berkaitan kre­dit seperti kad kredit, pinjaman peribadi dan pelan jalur lebar menyumbang hampir 80 peratus kepada pertumbuhan syarikat. Dan kami melihat angka tersebut akan terus positif pada masa akan datang.

Apa perancangan iMoney untuk tahun 2017 dan masa-masa akan datang?

Kami merancang untuk terus melabur semula keuntungan ke dalam perniagaan bagi meneruskan pertumbuhan serantau di seluruh produk teras kami.

Untuk tahun ini juga syarikat menyasarkan lebih banyak produk-produk baharu akan diperkenalkan.

Dengan pertumbuhan berterusan di Malaysia, Indonesia dan Filipina, kami menjangkakan segmen jalur lebar akan me­nyumbang lebih 50 peratus kepada pertumbuhan perniagaan dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang dan akan menjadi kira-kira 30 peratus daripada ke­seluruhan perniagaan kami menjelang tahun 2020.

Saya yakin iMoney akan mampu menjadi syarikat fintech terkemuka bukan sahaja dari segi penawaran produk, malah kami turut berusaha meningkatkan kesedaran celik kewangan kepada pengguna-pengguna kami dengan artikel-artikel dan infografik berkaitan perancangan kewangan dan sebagainya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain