Sasaran itu dibuat menerusi pembukaan pusat jualan dan servis bagi Motosikal Berkuasa Tinggi jenama Honda, Honda BigWing dengan penawaran model-model yang merangkumi 250cc dan ke atas oleh Ee Tiong Motorsports Sdn Bhd.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BSH, Nobuhide Nagata berkata, pembukaan Honda BigWing bertujuan untuk memenuhi permintaan pasaran yang pelbagai di Malaysia.

“Pusat jualan dan servis Honda BigWing merupakan yang pertama di Malaysia. Tahun ini, sebanyak tiga lagi cawangan Honda BigWing yang akan dibuka di Pulau Pinang, Selangor dan Johor.

“Kami akan memberi fokus dalam menyediakan pengalaman yang terbaru di luar jangkaan pelanggan. Kami juga bersedia untuk memberi keterujaan kepada pasaran,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran pembukaan Honda BigWing di sini hari ini.

Turut hadir, Presiden Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia, Tan Sri Wee Hong dan Timbalan Pengerusi dan Pengarah Urusan Ee Tiong Motorsports Sdn Bhd, Jeffrey Gan Ee Tiong. - UTUSAN ONLINE