Dalam nota penyelidikan baru-baru ini, firma penyelidikan itu berkata, penyimbangan semula strategi pemasaran TCM pada Mac 2017, menawarkan kepada pengguna lanjutan jaminan atau diskaun, membawa kepada peningkatan dalam angka jualan bulanan domestik pada bulan yang sama.

“Kami menjangka jualan akan meningkat pada bulan-bulan akan datang dengan faktor musim (pra-Hari Raya Aidilfitri) serta kempen jualan.

“Walaupun ketiada­an pelarasan kos komponen Nissan Motor Co Ltd. pada suku pertama 2017 bagi membantu pendapatan, kami tidak menolak kemungkinan terdapat pelarasan se­tengah tahun atau tahunan da­ri­-
pada Nissan Motor Corp., pada masa depan,” katanya.

Ia berkata pengukuhan ringgit dan yen akan memberi kesan positif kepada TCM. – BERNAMA