Kontrak-kontrak baharu itu menjadikan projek sedia ada berjumlah RM18 bilion dan nilai kontrak yang dimenangi dalam tempoh kewangan semasa adalah RM7 bilion.

Sapura Energy dalam kenya­taan berkata, antara kontrak terbaharu yang diperoleh adalah daripada Hokchi S.A de C.V untuk subsidiari milik penuh Sapura Energy di Mexico.

Katanya, kontrak itu melibatkan kerja-kerja kejurute­raan luar pesisir, pemerolehan, pengangkutan, pemasangan dan prapentauliahan serta pentauliahan (EPCIC) di Pembangunan Lapangan Hokchi di Teluk Mexico.

“Syarikat juga mendapat kontrak daripada ENI Mexico S. de R.L de C.V bagi kerja-kerja kejuruteraan, pengangkutan, pembinaan, pemasangan dan prapentauliahan saluran paip di lautan dan daratan untuk Kawasan Blok Luar Pesisir 1 di Teluk Mexico.

“Sebagai tambahan skop kerja akan melibatkan kabel fiber optik dan pengangkutan serta pemasangan platform Mizton di kedalaman air kira-kira 40 meter,” katanya di sini hari ini.

Tambah syarikat itu, kontrak lima tahun bagi penyediaan Perkhidmatan Bawah Air Pan Malaysia di bawah Kontraktor Petroleum Utama (PAC) akan dilaksanakan oleh Sapura Subsea Services Sdn. Bhd. (Sapura Subsea).

Menurutnya, PAC terdiri dari­pada Sarawak Shell Bhd. dan Sabah Shell Petroleum Company Limited; Murphy Sarawak Oil Co. Ltd. dan Murphy Sabah Oil Co. Ltd.; Repsol Oil & Gas Malaysia Limited dan Kebabangan Petroleum Operating Company Sdn. Bhd.

“Sapura Subsea akan menjalankan kerja-kerja perkhidmatan bawah air termasuk penggunaan kapal-kapal miliknya, penyelaman dan kenderaan kawalan jauh.

“Skop ini merangkumi pemeriksaan, penyelenggara­an dan pembaikan bagi menyokong kemudahan bawah air PAC yang terletak di luar pesisir Pantai Timur Malaysia,” kata­nya.