Menurut Samsung, pelanggan boleh mendapatkan televisyen terbaharu bersaiz 55 inci itu pada harga RM2,999 sebuah terhad kepada 200 sebuah.

Jelasnya, selepas 200 buah set televisyen tersebut habis dijual, pelanggan boleh membelinya pada harga RM4,699 serta menerima baucar bernilai RM500 bagi sebarang pembelian produk Samsung di Harvey Norman.

“Bagi mereka yang inginkan model 65 inci Q8C Curved QLED TV yang berharga RM22,999, Samsung menawarkan ganjaran sehingga RM5,900 bagi setiap pembelian.

“Antara ganjaran ditawarkan sempena kempen promosi Curved QLED TV ini termasuklah percuma satu bulan pelan pembayaran mudah kosong peratus kadar faedah bernilai RM1,916.58 di Harvey Norman,” jelasnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Samsung, pelanggan juga akan menerima baucar bernilai RM888 bagi pembelian produk Samsung di Harvey Norman dan tempoh jaminan selama dua tahun bernilai RM3,133 daripada Harvey Norman.

Menurut syarikat itu, bagi setiap pembelian model 75 inci Q8C Curved QLED TV berhargaRM36,999, pembeli layak me­nerima telefon pintar terbaharu, Samsung Galaxy S8+ bernilai RM3,699.