Menurut Samsung, dengan setiap pembe­lian Galaxy C9 Pro yang berharga RM2,299, pembeli layak me­nerima potongan bagi pembelian seterusnya dan promosi tersebut sah di cawangan Samsung yang mengambil bahagian sehingga stok masih ada.

Katanya, telefon pintar baharu keluaran Samsung itu dilengkapi 6GB RAM dan pemprosesan 1.95GHz Octa Core untuk memastikan pengalaman yang lancar kepada pengguna telefon pintar

“Selain dilengkapi dengan memori simpanan 64GB, Ga­laxy C9 Pro didatangkan dengan memori simpanan tambahan sehingga 256GB menggunakan slot microSD,” katanya dalam kenya­taan di sini hari ini.

Sebelum ini, siri Samsung Galaxy C hanya eksklusif untuk pasaran China. Kini, Samsung Malaysia Electronics membawakan Galaxy C9 Pro di Malaysia berikut­an permintaan tinggi untuk telefon pintar itu.

Galaxy C9 Pro menampilkan skrin super definisi penuh AMOLED bersaiz 6 inci dengan rekaan nipis 6.9 milimeter yang mengagumkan.

“Ia turut dilengkapi kamera hadapan 16MP dan kamera belakang dengan lensa F1.9 Dual LED Flash bagi menghasilkan kualiti gambar terbaik,” katanya.