Lee Sang Hoon

Presiden Samsung Electronics Malaysia, Lee Sang Hoon berkata, kerjasama perniagaan antara Samsung dengan SK Planet tersebut akan mempromosi jenama Samsung melalui portal 11street Malaysia, 11street Thailand dan Elevenia di Indonesia.

Katanya, Samsung menyasarkan kerjasama dalam pasaran Asia Tenggara dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan selain meningkatkan e-dagang dalam rantau ini setelah kerjasama Samsung dan SK Pla­net berjaya menguasai pasaran domestik Korea sebelum ini.

“Kami gembira dapat bekerjasama dengan 11street sebagai rakan dalam talian bagi mening­katkan pengalaman pengguna setia dan berpotensi Samsung untuk membeli-belah dalam talian,” katanya dalam kenyataan di sini baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Sang Hoon berkata, peningkatan pembelian dalam talian melalui peranti mudah alih termasuk dari bandar terpencil mendorong Samsung mengambil keputusan be­kerjasama dengan 11street.

“Rakyat Malaysia kini dapat merasai pengalaman kese­luruhan ekosistem Samsung de­ngan hanya satu klik tanpa perlu membuang masa memandu ke pusat beli-belah dan beratur panjang,” katanya.

Kerjasama berkenaan menyaksikan pengguna akan menikmati pengalaman premium melalui kedai-dalam-kedai rasmi Samsung di 11street disertakan penghantaran dan pemasangan daripada pengedar sah Samsung.