Barisan produk TV oleh Samsung menggunakan teknologi quantum dot yang terkini dengan kemajuan di dalam kecekapan, kestabilan dan spektrum warna yang lebih luas.

Menurut syarikat teknologi itu, Samsung QLED TV diperkenalkan pada awalnya sempena Pameran Pengguna Elektronik 2017 (CES).

Jelasnya, sejak itu produk baharu tersebut menerima banyak pengiktirafan antarabangsa yang kagum de­ngan teknologi inovatif dan reka bentuknya.

“Pelbagai mo­del Samsung QLED TV meneri­ma penghargaan meliputi pelbagai kategori terma­suk Eco-Design, rumah pintar, paparan video dan aksesori,” jelas­nya dalam kenyataan di sini hari ini.

Samsung sentiasa berusaha memberikan pelanggan teknologi paling terkini bagi menyampaikan pengalaman menonton yang tiada tandingan serta reka bentuk paling canggih yang memenuhi kehidupan ha­rian, jelas syarikat itu.

Dengan kualiti, reka bentuk dan ciri-ciri pintar yang terbaru, jelas­nya, barisan televisyen 2017 benar-benar membawa masyarakat memasuki era baharu televisyen

Samsung QLED TV yang dibuka bagi pratempahan pada bulan lalu bakal memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.