Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Samsung perkenal produk inovasi terkini, kukuhkan jenama

Elaine Soh 2
Elaine Soh

SINGAPURA 16 Feb. – Gergasi pengeluar peralatan elektronik, Samsung Electronics Co. Ltd. (Samsung Electronics) hari ini memperkenalkan barisan peralatan elektronik dengan inovasi terkini untuk pengukuhan jenama nombor satu di rantau ini.

Produk-produk seperti tele­visyen pintar rangkaian QLED TV, peti sejuk Family Hub 2.0, mesin basuh FlexWash dan penyedut hampagas pintar Po­werbot VR7000 adalah antara peralatan elektronik rumah yang mendapat tumpuan ketika berlangsungnya Forum Samsung Asia Tenggara bertempat di Pusat Konvensyen Marina Bay Sands di sini hari ini.

Rangkaian televisyen Samsung QLED TV iaitu Q7, Q8 dan Q9 misalnya, dibangunkan teknologi Quantum yang diperbuat daripada logam semikonduktor bersaiz nano untuk gabungan pencahayaan dan warna lebih sempurna serta paparan skrin lebih jelas tontonan seisi keluarga.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Samsung Electronics Asia Tenggara dan Oceania. Yong Sung Jeon berkata, pihaknya komited terhadap inovasi yang bukan saja menyediakan peralatan elektronik pintar untuk keperluan pengguna, sebaliknya menyasarkan impak yang lebih baik terhadap kehidupan sehari­an.

“Meskipun berdepan cabaran pada tahun lalu, kami terus meng­orak langkah dan akan terus melihat ke hadapan dan mene­tapkan masa depan yang lebih baik bersama-sama pengguna,” ujarnya.

Sementara itu, menurut Ketua Pegawai Pemasaran Samsung Malaysia Electronics, Elaine Soh, forum yang diadakan pada setiap tahun itu bertujuan memperkenalkan produk-produk yang akan dipasarkan di Malaysia pada tahun ini.

“Inovasi-inovasi yang dihasilkan oleh Samsung akan memberi pengalaman menakjubkan kepada pengguna setiap hari. Samsung Malaysia Electronic me­nyasarkan rangkaian televisyen pintar QLED TV sebagai produk yang bakal menerima sambutan paling hebat untuk pasaran Malaysia kerana kualiti tontonan sebenar,” katanya.

Forum yang berlangsung selama sehari ini mendapat tumpuan media rantau Asia Tenggara termasuk dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Myanmar.

Bagi tahun kelima berturut-turut Samsung dinobatkan sebagai jenama terbaik dan paling dipercayai hasil keputusan Asia’s Top 1000 Brands, berdasarkan kajian dalam talian yang dikendalikan Campaign Asia Pacific dengan kerjasama Nielsen.

Dengan sokongan berterusan daripada pengguna, Samsung akan terus berusaha untuk menambah baik teknologi terhadap produk yang dihasilkan dan terus berinovasi bagi memenuhi keperluan pengguna. – UTUSAN

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain