Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Samsung perkenal 
Galaxy S8 tahan lasak

Galaxy S8 Active.
Galaxy S8 Active.

NEW YORK 11 Ogos – Samsung Electronics Co. memperkenalkan variasi telefon pintar Galaxy S8 tahan lasak dilengkapi dengan bingkai logam, bateri lebih besar dan skrin tahan pecah.

Dinamakan sebagai Ga­laxy S8 Active, telefon pintar itu berjaya melepasi ujian ketenteraan, bersesuaian bagi mereka yang terlibat dalam bidang sukan dan pembinaan.

Menurut Samsung, buat masa ini, Galaxy S8 Active tersebut hanya akan ditawarkan di pasaran Amerika Syarikat (AS) sahaja dengan AT&T Inc. sebagai pembekal rangkaian.

Telefon pintar berke­naan ditawarkan pada harga jualan AS$800 (RM3,428) iaitu AS$100 (RM428) lebih mahal berbanding Galaxy S8 biasa.

Galaxy S8 Active hadir dengan spesifikasi serupa seperti S8 biasa termasuk cip pemprosesan Snapdragon 835, memori 4GB RAM, ruangan storan 64GB dan kamera belakang 12-megapixel.

Namun, kelebihannya ada­lah ia dilengkapi de­ngan bateri berkapasiti 4,000mAh, berbeza de­ngan 3,000mAh pada S8 dan 3,500mAh pada S8+.

Perbezaan utama adalah dari segi reka bentuk dan ketahanannya yang lebih tebal serta kukuh menjadikannya kalis pe­cah, air dan debu.

Pengenalan produk itu diadakan beberapa minggu sebelum acara media rasmi Samsung yang dijangka memperkenalkan telefon pintar baharu, Galaxy Note 8 pada 23 Ogos ini. – Agensi

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain