Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Samsung Electronics tubuh lebih 160 sekolah pintar

Samsung
Samsung

KUALA LUMPUR 26 Mac – Samsung Electronics Co. Ltd. (Samsung) sehingga kini telah menubuhkan lebih 160 sekolah pintar dan perpustakaan serta 20 institut teknologi Samsung di Asia Tenggara dan Ocenia.

Menurut Samsung, inisiatif itu bagi merapatkan jurang digital, membolehkan para pelajar memiliki sistem pendidikan sistematik dan memupuk bakat-bakat baharu.

Katanya, Samsung turut mengenal pasti beberapa isu yang perlu ditangani di rantau ini melangkaui aspek pendidikan semata-mata.

“Ini mendorong Sekolah Samsung SONO di Vietnam, Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina memberi sokongan kepada kemudahan hospital dan perubatan sebagai rakan kerjasama teknologi.

“Melalui kerjasama dengan institusi dan persatuan perubatan tempatan, sekolah SONO dapat menjalankan latihan kurikulum untuk pelajar perubatan dengan fokus kepada diagnosis ultrabunyi, obstetrik dan ginekologi,” katanya dalam kenyataan di sini.

Demi kesejahteraan komuniti juga, Samsung melancarkan program warga korporat serantau, Culture.Connect sebagai penghargaan terhadap budaya dan warisan masyarakat serta kesenian.

Samsung baru-baru ini muncul jenama yang paling aktif terlibat dalam aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR), berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Samsung dan Kadence Singapore.

Kajian itu menunjukkan tiga daripada 10 responden atau 29 peratus secara spontan memilih jenama tersebut paling menyerlah dalam aktiviti CSR berbanding jenama teknologi lain manakala empat daripada lima responden atau 80 peratus menyedari program warga korporat Samsung membawa kepada kesan yang lebih positif ke atas jenama.

Berdasarkan kajian itu, responden yang terlibat juga berharap Samsung terlibat dalam tiga program utama iaitu Pembangunan Komuniti, Pendidikan dan Kesukarelaan sekali gus mengesahkan penglibatan aktif Samsung dalam program warga korporat di rantau ini.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain