Dibina menggunakan teknologi Isocell oleh Samsung, empat sub-jenama kamera itu dinamakan sebagai Bright, Fast, Slim dan Dual masing-masing direka dengan keupayaan tersendiri.

Sensor Isocell Bright direka untuk memberikan kualiti imej tinggi dalam persekitaran cahaya rendah, sementara Isocell Fast menyediakan fokus pantas pada objek yang bergerak.

Selain itu, Isocell Slim direka bagi peranti ultra nipis, namun kekal memberikan gambar berkualiti tinggi, manakala Isocell Dual pula boleh dipadankan mengikut trend dwi kamera terkini.

Bagaimanapun, Isocell Dual ini ialah jenama baharu yang pa­ling berkemungkinan besar akan membentuk sistem dwi kamera Galaxy Note 8 yang akan diperke­nalkan tidak lama lagi.

Walaupun masih belum ada pengesahan daripada Samsung ba­hawa Galaxy Note 8 akan menam­pilkan dwi kamera atau tidak, sebahagian besar khabar angin lebih menjurus kepada arah itu.

Galaxy Note 8 dijangka diper­kenalkan pada akhir tahun ini dan mungkin akan menawarkan ka­mera yang menarik, melihat kepada komitmen jelas samsung dalam teknologi dua kamera. – Agensi