Menurut Bloomberg, peningkatan itu susulan pembekal perisian awan dari Texas berkenaan selesai bergabung dengan Stellar Acquisition Inc. pada akhir Disember 2018.

"Saham Phunware mengakhiri 2018 pada AS$14.26 (RM58.29) dan ditutup kepada AS$220 (RM899.34) pada Rabu lalu.

"Saham itu melonjak setinggi AS$550 (RM2,248) pada Khamis tetapi menurun secara mendadak sebanyak 29 peratus pada hari yang sama kepada AS$157 (RM641.8) disebabkan oleh turun naik pasaran.

Pelaburan Khazanah ke dalam firma inovasi dan teknologi termasuk Phunware, kini sekitar empat peratus daripada jumlah portfolionya. - UTUSAN ONLINE