Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Sabah pelabur ASNB kedua tertinggi di Malaysia

Musa Aman menyaksikan Abdul Wahid Omar (dua dari kiri) menyerahkan
Musa Aman menyaksikan Abdul Wahid Omar (dua dari kiri) menyerahkan cek zakat kepada Mohd. Ariffin Mod Ariff dalam Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Kumpulan PNB kepada Negeri Sabah di Kuala Lumpur, semalam. Yang turut serta dalam majlis itu Abdul Rahman Ahmad (kiri).

KUALA LUMPUR 17 Julai – Sabah muncul negeri kedua tertinggi dengan jumlah pelabur Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) sebanyak 1.43 juta orang.

Pengerusi Permodalan Nasio­nal Berhad (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, ia melibatkan pelaburan berjumlah 19.6 bi­lion unit amanah.

Katanya, jumlah itu menyaksikan purata peningkatan setiap tahun sebanyak 10.8 peratus bagi pelabur di Sabah dan antara yang tertinggi dalam kalangan negeri-negeri lain.

“Walaupun dari segi kadar penembusan ia masih kurang 50 peratus daripada jumlah penduduk di Sabah kira-kira tiga juta orang namun, kami akan terus meningkatkan usaha bagi menarik lebih ramai pelabur dari semasa ke semasa.

“Kami berharap usaha ini mendapat sokongan sepenuhnya daripada pihak kerajaan negeri supaya setiap rakyat di Sabah mempunyai pelaburan dalam ASNB,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan zakat perniagaan kumpulan PNB kepada Sabah sebanyak RM19.36 juta di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad dan Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Mohd. Ariffin Mod Ariff.

Zakat perniagaan PNB itu tidak meliputi agihan pendapatan untuk pemegang akaun unit ama­nah yang melabur dalam tabung dikendalikan oleh ASNB.

Pemegang akaun dinasihatkan supaya melunaskan sendiri zakat bagi pelaburan dalam setiap unit amanah berkenaan.

Berdasarkan data PNB, Selangor muncul negeri paling tinggi jumlah pelabur iaitu sebanyak 1.96 juta melibatkan pelaburan berjumlah 49.5 bilion unit ama­nah manakala Johor di tempat ketiga dengan 1.4 juta pelabur melibatkan pelaburan berjumlah 18.4 bilion unit amanah.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain